Wanita SPRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dalam siasatan berhubung kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dikatakan adalah adik menantu kepada bekas pemimpin  kerajaan.

Memetik laporan portal The Coverage hari ini, wanita terbabit juga dipercayai seorang ahli perniagaan.

Menurut laporan tersebut, wanita berkenaan merupakan salah seorang daripada tiga individu yang disyaki menyogok seorang pegawai SPRM sebanyak RM400,000 bagi mengelak siasatan kes Jana Wibawa.

“Namun sumber dana tersebut adalah daripada individu lain manakala orang yang mereka cuba lindungi adalah individu lain,” dakwa The Coverage.

Laporan yang sama turut mendakwa kedua-dua individu berkenaan rapat dengan bekas pemimpin utama kerajaan terbabit.

Kelmarin, Bernama melaporkan wanita terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM manakala tiga suspek lain direman sehingga semalam.

Pada 21 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast