The Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Azmi Abu Kassim at a news conference. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 07 MAY 2021. roadblocks MCO KL Kuala Lumpur
Azmi Abu Kassim.

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan Program Jom Ziarah Gereja, yang dianjurkan Impact Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, keterangan daripada pihak yang membuat laporan polis dan beberapa saksi sudah direkodkan.

Polis juga sudah menghubungi pemimpin NGO terbabit dan dia bersetuju untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, esok.

Artikel berkaitan: Bukan sahaja gereja, Impact Malaysia juga anjur Jom Ziarah Masjid

Jom Ziarah Gereja: Hannah tuduh Che’gu Bard fitnah

Program ziarah gereja kena disertai pegawai JAKIM

Kalau Projek Ziarah Gereja untuk bukan Islam, kenapa iklan belum dipinda? – MAIS

Tindakan batal program Ziarah Gereja dialu-alukan – Khairuddin

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika ditemui selepas Program High Profile Policing Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Esplanade hari ini.

Program berkenaan dijadualkan semalam tetapi dibatalkan oleh penganjur. – MalaysiaGazette