Wajah-wajah Naib Presiden UMNO yang baharu dipilih.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Ahmad Rosdy Wan Ismail yang memperolehi 127 undi berjaya memenangi jawatan Naib Presiden UMNO yang dalam pemilihan parti, 18 Mac lalu.

Menurut keputusan akhir Pemilihan UMNO 2023 daripada ibu pejabat parti itu, penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berjaya mempertahankan poisisinya setelah memperoleh 116 undi, iaitu kedua terbanyak selepas Wan Rosdy.

Manakala jawatan Naib Presiden ketiga pula dimenangi seorang muka baharu yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dengan mendapat 110 undi.

Sementara itu, bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO pula berjaya dipertahankan penyandangnya, Tan Sri Badruddin Amiruldin setelah memperoleh 178 undi.

Manakala timbalannya pula, dimenangi muka baharu yang juga Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah dengan 127 undi.

Selain itu, jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi penggal 2023-2026 pula menyaksikan ramai muka baharu yang berjaya bagi merebut 25 kekosongan.

Calon ahli MKT UMNO yang memperoleh undi terbanyak ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasaran yang memperoleh 178 undi.

Shamsul Anuar selaku Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) berdepan saingan sengit dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan beza tiga angka sahaja iaitu 175 undi.

Manakala Setiausaha Agung UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan juga mempertahankan jawatan itu dengan 167 undi.

Berikut adalah keputusan penuh Pemilihan UMNO bagi jawatan Ahli MKT UMNO Sesi 2023-2026:

PENGERUSI TETAP
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin – 178

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah – 127

NAIB PRESIDEN
1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – 127

2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin – 116

3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani – 110

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah – 178

2. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir – 175

3. Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz – 167

4. Datuk Seri Ahmad Maslan – 167

5. Datuk Seri Bung Moktar Radin – 160

6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – 152

7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim – 151

8. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin – 129

9. Datuk Azian Osman – 124

10. Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad – 118

11. Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin – 118

12. Datuk Zahida Zarik Khan – 113

13. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii – 113

14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin – 111

15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad – 110

16. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi – 108

17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom – 106

18. Datuk Johan Abdul Aziz – 102

19. Isham Jalil – 101

20. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan – 99

21. Datuk Lokman Noor Adam – 97

22. Datuk Seri Dr Ahmad Said – 96

23. Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin – 94

24. Datuk Mohd Rafi Ali Hassan – 93

25. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman – 91.

– MalaysiaGazette