Majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia oleh Fauziah Husain bersama lim Rusyamsi di Jakarta, Indonesia.

KUALA LUMPUR – JNJ Management Consultans mengintai peluang dengan menandatangani memorandum persefahaman kerjasama (MoC) bersama OK OCE dari Indonesia bagi mewujudkan ‘digital serumpun’.

Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh bersama negara jiran tersebut.

Majlis tandatangan MoC itu diadakan di Jakarta, Indonesia semalam dengan disaksikan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno.

Ia disempurnakan oleh Fauziah Husain selaku Ketua Pegawai Eksekutif JNJ Group manakala OK OCE diwakili oleh Iim Rusyamsi selaku Ketua Umum.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JNJ Group Fauziah dalam kenyataan, ideanya adalah untuk membentuk komuniti digital antara dua negara ini.

Katanya, menerusi kaedah itu kedua-duanya mendapat akses kepada sumber kepakaran serta infrastruktur bagi membantu perkembangan usahawan tempatan dalam merintis perniagaan masing-masing.

“Kita akan aturkan sesi siri dialog antara Malaysia dan Indonesia mengetengahkan tokoh usahawan dan gerakan sosial untuk bertukar idea platform, bincang ruang dan peluang yang boleh dihasilkan daripadanya untuk perkasakan usahawan melalui kerjasama ini.

“Kita juga akan menubuhkan juga platform digital serumpun hasil integrasi OK OCE dan usaha-usaha JNJ Malaysia,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast