Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia disaran mengkaji semula pelaksanaan beberapa aspek dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang bermula tahun ini.

Ia termasuk waktu kerja yang dikurangkan kepada 45 jam seminggu dan tempoh cuti bersalin sehingga 98 hari.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong (Barisan Nasional) berkata, undang-undang baharu itu mungkin berisiko mengakibatkan ketidakstabilan sesebuah syarikat.

Dalam masa yang sama katanya, pelaksanaan cuti bersalin dari 60 kepada 98 hari dibimbangi secara tidak langsung akan mencetuskan diskriminasi pengambilan pekerja.

Ka Siong menjelaskan, majikan mungkin memilih untuk menggaji lebih ramai wanita bujang berbanding ibu hamil atau wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Ini kerana, tempoh cuti bersalin selama 98 hari dilihat majikan sebagai satu tempoh yang panjang.

“Berkenaan cuti bersalin 98 hari. Saya ucapkan tahniah kerana kerajaan mahu menjaga kaum wanita tetapi kekhuatiran saya, kebanyakan majikan apabila melihat ibu mengandung dan wanita baru berkahwin, mereka tidak akan ambil bekerja. Mereka akan cari yang tidak mengandung.

“Sebab cuti bersalin membolehkan wanita itu tidak perlu bekerja selama lebih kurang empat bulan.

“Mungkin hasrat kita baik tetapi akhirnya mendatangkan mudarat kepada ibu muda,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong menyifatkan pelaksanaan beberapa perkara dalam Pindaan Akta Kerja 1955 baru-baru ini sebagai drastik apatah lagi mengambil kira pasca Covid-19.

Katanya, pengurangan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu akan meningkatkan kos pengeluaran majikan apabila terpaksa membayar upah kerja lebih masa yang meningkat berbanding sebelum ini.

“Selepas Covid-19, kerajaan tiba-tiba laksanakan tiga dasar penting iaitu waktu bekerja 45 jam seminggu, ini akan memberi dasar satu gaji dan Over Time (OT) meningkat.

“Yang lebih memudaratkan syarikat Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) kecil-kecil apabila kalau dulu kerani dapat gaji RM2,300, kerja sampai jam 7 petang tidak dibayar waktu lebih masa, tetapi selepas Akta Kerja 1955 dipinda, tiba-tiba mereka yang berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 tertakluk kepada pembayaran OT.

“Ini sekali lagi meningkatkan kos pengeluaran. Saya bangkitkan perkara ini, kerana mahu lihat keadaaan yang harmoni di antara majikan dan pekerja,” jelasnya.

Mengakui kerajaan mengambil langkah tersebut untuk memberikan manfaat yang lebih kepada pekerja, namun Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan menganggap situasi berkenaan boleh menjejaskan kestabilan sesebuah syarikat dalam masa yang sama berisiko meningkatkan pengangguran. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong …Malang dapat ahli parlimen yang bodoh dah penting tauke2 kaya..
    Harap jangan ada parti politik ambil melaun ini sebagai ahli parlimen untuk masa akan datang.
    Cuti bersalain 98 hari memang patut kepada wanita yang bersalin , ini kerana Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong seorang jantan yang tidak tahu keadaan seorang wanita selepas bersalin terutama kesihatan mereka..Harap persatuan Wanita Malaysia beri pandangan.
    Jika ada ramai seperti Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong maka akan tertindas kaum wanita di Malaysia.

    • Bodohnya kamu..sya majikan, klau ada wanita mengandung, kita org tkkan ambik wanita berkenaan, bekrja. Mana mampu nk bayaq gaji percuma 3 bulan.

  2. Betul apa dia cakap. Bukan dia menidakkan kesihatan Wanita yg bersalin. Tapi kos yg terpaksa ditanggung oleh majikan kepada Wanita yg bersalin tersebut. Majikan terpaksa membawa masuk pengganti sementara untuk hari2 cuti tersebut. Atau pun rakan2 sekerja terpaksa mengambil tugas yg Wanita tersebut tinggalkan sehingga Wanita tersebut masuk bekerja semula tanpa bayaran tambahan. Kerja Bertambah tapi gaji sama sahaja. Wanita Bersalin tersebut mendapat gaji penuh.

Comments are closed.