Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 23 hingga 29 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast