Pas Zahid LGBT Khairuddin penasihat agama bertanding Malaysia sekular
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber Pejabat Timbalan Perdana Menteri, pelantikan tersebut adalah secara pro bono mulai 20 Mac lalu.

“Beliau berkhidmat sebagai Penasihat Agama tanpa gaji,” kata sumber itu lagi.

Mohd. Khairuddin yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO ialah bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011.

Sebelum itu Mohd. Khairuddin melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada 2000.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Sebelum bersama BN, Mohd. Khairuddin merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas. – MalaysiaGazette