Lembaga Zakat Selangor (LZS)

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) membuka semua cawangannya setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Agensi itu memaklumkan, ia dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelanggan untuk menunaikan zakat harta atau zakat fitrah.

“Cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu. Ayuh tunaikan zakat harta dan fitrah bersama kami,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zakat Selangor sebelum ini memaklumkan kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini.

Ia ditetapkan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri itu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras. – MalaysiaGazette