Erna Elliyana.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Erna Elliyana berkongsi isu penyondol yang kini hangat diperkatakan di media sosial dengan mengamalkan doa untuk menjauhkan diri dan keluarga daripada maksiat.

Jelas pengasas produk kecantikan, ini kerana ‘penyondolan’ yang berlaku akan menyebabkan setiap individu akan menghampiri zina.

“Nak beri komen, seram sejuk rasanya. Tapi tidak ada kena mengena dengan diri sendiri ya. Minta jauh. Alhamdulillah, tuhan masih jaga rumah tangga kami daripada perkara itu.

“Tetapi ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat.

“Saya selalu amalkan doa untuk menjauhkan saya dan keluarga daripada maksiat. Tak mahu rasa lazatnya melakukan maksiat,” katanya secara live di Instagram miliknya.

Erna Elliyana turut mengakui 11 tahun melayari bahtera perkahwinan telah menyuntik kematangan untuknya sentiasa mengutamakan diri dan memastikan keperluan suami terjaga.

Kata beliau,  suami perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan diri serta kesihatan mental.

“Suami kalau hendak lihat isteri sentiasa cantik, kena beri nafkah lebih. Supaya kaum isteri boleh merias, melawa diri sendiri. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana itu adalah lubuk rezeki anda.

“Saya dulu masa kenal dengan suami, kulit memang agak gelap. Saya pernah tanya, kenapa nak kahwin dengan saya, bukan cantik sangat pun, tetapi dia cakap, cinta kerana saya ada otak.

“11 tahun berumah tangga dan dikurniakan cahaya mata sampai sekarang suami memang sentiasa bagi semangat untuk saya sentiasa menarik. Dia yang suruh ambil suplemen dan jaga kulit,” ujarnya.

Berkongsi mengenai produk keluaran baharu Kamya Glow, Erna dengan nada teruja memberitahu, jenama kecantikan itu memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).

“Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM5,000.

“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal tujuh hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat.

“Paling seronok Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin C,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast