Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menunjukkan laporan polis yang telah dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan dan fitnah tentang dana judi dan Perikatan Nasional di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – “Tidak perlulah Lim Guan Eng nak mengugut saya. Saya yakin apa yang saya cakapkan dan akan mempertahankan pemimpin saya yang dianiayai”.

Itu penegasan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal terhadap amaran Guan Eng yang mendakwa laporan polis yang dibuat adalah palsu dan merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Laporan Polis Armada adalah jelas. Ia mudah dibaca dalam bahasa yang tidak rumit atau mengelirukan.

“Tidak seperti pembohongan yang dilakukan DAP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itukah sebabnya Guan Eng meloncat, menyerang dan mengugut saya?” soal Wan Ahmad Fayshal.

Guan Eng hari ini yang mendakwa laporan polis Ahli Parlimen Marang terhadap Anwar dan beliau berhubung isu membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary adalah palsu dan melanggar Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Wan Ahmad Fayshal seterusnya berkata, Guan Eng sepatutnya memastikan beliau turut patuh peruntukan undang-undang apabila menuduh orang lain.

“Jangan hanya propaganda. Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait. Masyarakat kini dapat melihat bahawa pemimpin parti kerajaan galak membuat laporan polis terhadap parti pembangkang,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, Guan Eng datang ke balai polis siap dengan banner “Muhyiddin Fitnah” apabila membuat laporan malah  turut menyebarkan laporan polis yang telah dibuat.

“Ini suatu perkara yang direncanakan untuk tujuan propaganda DAP kerana Guan Eng terkesan dengan apa yang saya katakan,” katanya.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal membuat laporan polis terhadap Guan Eng dan Perdana Datuk berkaitan pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

Laporan poli tersebut dilakukan berikutan penafian Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bertanggungjawab membatalkan status pengecualian cukai keatas yayasan tersebut.

Beliau berkata, penjelasan Anwar di Parlimen bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa campur tangan dengan keputusan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengelirukan Dewan Rakyat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Laporan polis Wan Fayshal terhadap saya, PM adalah kesalahan jenayah – Guan Eng

1 Komen

  1. Orang awam boleh agak siapa yang telah membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary. Mungkin budak tukang photostate/office boy dekat MOF yang batalkan? Kah..kah..kah..

Comments are closed.