KUALA LUMPUR – Selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi, gesaan sama turut dicadangkan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, Rosmah juga harus diberikan hak yang sama untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau secara kekal.
“Kalau sekiranya kita bagi kepada TPM, kita kena bagi kepada Datin Seri Rosmah supaya dia dapat pasport antarabangsa.
“Kita (kerajaan) bagi, mana boleh tidak, Seputeh pun setuju, kenapa bagi pasport antarabangsa kepada TPM tapi dekat Rosmah tidak, kesian dia.
“Dia pun nak pergi Singapura, dan seperti rakyat Malaysia yang lain hendaklah diberikan pasport antarabangsa,” katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.
Shahidan merujuk kepada laporan media hari ini bahawa Ahmad Zahid diizinkan untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau bagi membolehkan dia melakukan perjalanan antarabangsa untuk menghadiri sebarang majlis rasmi.
Hari ini, tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menerima permohonan Presiden UMNO itu untuk mendapatkan kembali pasport beliau secara kekal.
Pada Selasa lalu, Rosmah dibenarkan untuk mendapatkan pelepasan sementara pasportnya bagi membolehkan dia berlepas ke Singapura bagi melawat anak perempuannya dan seorang daripada cucunya yang tidak sihat.
Pasport Rosmah diserahkahkan kepada mahkamah pada 2019 selepas dia didakwa atas pertuduhan rasuah.
Pada 1 September tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion.
Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun; di samping denda RM970 juta, yang jika gagal dibayar akan boleh membawa kepada hukuman penjara 30 tahun.
Rayuan Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan hukuman itu akan didengar pada Julai depan. – MalaysiaGazette
Shahidan bodoh hati syaitan…apa kena mengena DS Rosmah dgn passport DS Zahid? DS Zahid ialah TPM…DS Rosmah tu Menteri Kabinet kah yg kena travel atas urusan rasmi?? Atau kakitangan kerajaan yg perlukan passport utk tugasan rasmi? Apsal ko nak petik nama DS Rosmah dlm hal ni? Lagi pun tu keputusan mahkamah bukan menteri dalam negeri atau imigresen kaa..Kau ni dah tua nak mampus..perangai mcm iblis…ni contoh manusia bertopengkan syaitan yg ada dlm PAS dan Bersatu…