DBKL rental rent agent PPR PA
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyediakan Belanjawan DBKL 2024, justeru warga kota dan pemegang taruh adalah dijemput untuk mengemukakan idea dan cadangan bagi memastikan Belanjawan DBKL 2024 dapat disediakan dengan sempurna dan memenuhi keperluan serta harapan warga kota selaras dengan misi dan visinya.

Orang ramai yang berminat untuk mengemukakan idea dan cadangan melalui capaian Portal Idea Belanjawan DBKL 2024 yang berikut
https://sites.google.com/view/belanjawandbkl2024.

Cadangan dan idea yang ingin dikemukakan adalah berdasarkan kepada lapan program yang disenaraikan seperti berikut :-
i. Pembersihan Bandar dan Kesihatan;
ii. Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya, Sistem Lalulintas dan Saliran;
iii. Penghijauan, Kemudahan Taman dan Kemudahan Rekreasi;
iv. Penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat;
v. Kesejahteraan Komuniti;
vi. Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil;
vii. Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan; dan
viii. Kemudahan Awam Lain.

Tempoh untuk mengemukakan idea dan cadangan belanjawan ini bermula pada 1 April 2023 sehingga 31 Mei 2023.

DBKL berkata, pnglibatan warga kota dalam mengemukakan idea dan cadangan diharap dapat menghasilkan Belanjawan DBKL 2024 yang memenuhi keperluan sebenar
warga kota dalam mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ibu kota Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette