Sian See
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Penganalis politik, Lim Sian See menyifatkan penghakiman berbeza oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. hari ini sebagai sesuatu yang luar biasa.

Menurut beliau, selaku hakim paling kanan dalam panel tersebut, Abdul Rahman menentang keputusan majoriti.

“Ada yang tidak kena di sini. Beliau masih membaca penghakiman tidak setujunya yang sangat tegas dan seolah-olah menunjukkan kepura-puraan hakim lain dalam panel,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Abdul Rahman Sebli

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan manakala Abdul Rahman menyokong semakan dilakukan.

Abdul Rahman dilaporkan berkata: “Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan dia mempunyai perbicaraan yang adil. Jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.”

Sian See menambah, keputusan semakan kehakiman itu bukan penghujung jalan buat Najib.

“Najib masih boleh membuat semakan lanjut – terutamanya jika surat penuh dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ketua Hakim Negara mengambil tindakan terhadap Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali didedahkan secara rasmi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Buksn ada yang tak kena tetapi terlalu banyak yang tak kena. Rasanys lebih dahsyat dari nasib Hang Tuah dititah hukumsn bunuh oleh Sultan Melaka. Sebab fitnah lebih dahsyat dari membunuh. Tapi ada rahmay Allah disebalik kejadian sebab Allah mahu mengangkat darjat seseorang dengan dugaan ini. Yang pastinya dia seorang yang baik dan pekerti mulia tetapi mendapat musibah kerana anianya.

  2. Yang tak kena tu pada Najib sendiri. Malah Najib sepatutnya dikenakan hukuman menghina mahkamah sebab mencari cara untuk melengahkan prosiding, walaupun telah diingatkan berkaliĀ² oleh mahkamah persekutuan bila tarikh keputusan akhir kesnya. Dah last minute baru terkialĀ² nak tukar peguam. Memanglah takkan sempat. Dia dah tahu takkan sempat tapi dia tukar jugak. Padahal boleh je kalau dia kekalkan saja peguam sedia ada, Shafee Abdullah, yang memang dah handle kes dia semenjak dari awal lagi dan semestinya lebih arif tentang kes itu. Maka semuanya salah dia sendiri bukan salah mahkamah lagi

    • Lain kali baca la apa komen penghakiman YA Datuk Abdul Rahman tu bukan komen semberono saja. Ada kebenarannya, dia baru pertama kali nak tukar peguan bukan sebab sengaja nak melengah lengahkan tetapi sebaliknya Mahkamah yang tergesa gesa nak sumbat dia ke penjara tanpa memberikan peluang seluas luasnya kepada tertuduh. Belajar la undang undang sikit jangan ikut perasaan benci saja

  3. The thief deserved his fate. But in the process, a whole lot of judges ended up being crooks

  4. Qada dan Qadar. Pengaturan dr Allah adalah yang terbaik. Ada hikmahmya pada DSNR dan terus muhasabah diri atas apa yang terjadi.

  5. Hebat sungguh hang.. sungguh hebat hang.. hang sungguh hebat… hebat hang sungguh.

  6. Ada juga hakim yg jujur & berani..syabas YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak yg dengan tegas mengatakan Tun Maimun salahguna kuasa..Hakim mcm ni lah sepatutnya jadi Ketua Hakim Negara..tegas, berani dan adil

  7. Dia dah diberi 2 kali rayuan, TIADA merit atas rayuan maka 3 hakim tolak rayuan serta memutuskan Najib bersalah. Lepas itu dibuat semakan keputusan 5 hakim persekutuan, PUN kalah. Alasan? Sebab lawyer tak ready??? Apa najib ingat mahkamah ni bapak dia punya? Suka2 tangguh?? Buduh punya najib, dah rompak.. didapati bersalah, TUDUH hakim pulak tak adil??

    Ni bukan mcm kes tun Ariffin yg jelas membelakangkan keputusan hakim mahkahmah tinggi dalam kes liwat 2. Tak apa lah.. tunggulah.

Comments are closed.