Foto Ihsan PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua individu warga Thailand selepas terlibat dalam kegiatan penyeludupan barangan runcit di Jalan Bukit Lata menghala ke Jeram Perda, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PGA dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan Pasukan Batalion 7 pada jam 8.00 pagi selepas ternampak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa Op Taring Wawasan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan runcit ditemui di dalam kenderaan berkenaan tanpa dokumen yang sah.

“Kedua-dua suspek seorang lelaki dan seorang wanita berumur 37 dan 35 tahun ditahan serta anggaran nilai rampasan berjumlah RM6,26,” katanya.

Barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast