KUALA LUMPUR – Perbuatan segelintir parti politik yang menggunakan agama untuk meraih undi dalam pilihan raya boleh mengundang kemurkaan Allah.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, langkah itu menjadi punca mereka gagal menjadi kerajaan walaupun meraih kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya ingin seru kepada pemimpin itu agar jangan bermain dengan fatwa, jangan main ayat al-Quran, hadis, ijmak ulama’ dan qias.
“Lihat apa yang berlaku bila bermanipulasi, tactical move dan apa jua yang telah terjadi membuatkan Allah memberi pengaran kepada mereka. Biarpun jumlah mereka lebih besar daripada jumlah kita perolehi, hakikatnya yang kecil jadi kerajaan dan yang dapat kerusi terbanyak berada di pihak pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menyebut parti politik atau individu tersebut secara khusus namun perkara itu boleh dianggap sebagai pengajaran dalam kehidupan.
Jelasnya, mendapatkan sokongan rakyat dengan menyeleweng agama adalah perbuatan terkutuk dan harus dihentikan.
Beliau berpesan, berada dalam gelanggang politik haruslah mengamalkan budaya politik secara rasional dan bukan menggunakan segala elemen yang bertentangan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, amalan ‘sedekah’ pada musim pilihan raya juga menjadi faktor mudah untuk meraih pengundi muda.
“Keadaan sekarang adalah berbeza di mana pengundi baharu mereka perlu sesuatu yang baru. Apatah lagi jika ada pihak yang beri ‘sedekah’ lebih banyak tapi bila ‘sedekah’ itu diberi pada musim pilihan raya sudah tentu ada motif politiknya,” ujarnya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihatkan agar perbuatan tersebut tidak diteruskan lagi pada masa akan datang kerana percaya balasan Tuhan adalah pasti. – MalaysiaGazette
Wak Wak Zahid Hamidi Zahid Hamidi
kau tahukah kenapa yang menang banyak kerusi jadi pembangkang? hingga begitu buruk akal hati kau beramal?
kenapa kau tidak menerima bahawa itu adalah ujian awal kau diberi kesempatan? jangan terlalu keji dalam kemewahan KUASA dalam diri tu…. bagaimana jika akan berlaku “pemindahan kuasa” akan datang? apakah alasan dan formula Walanon Walanon nak kata kelak?