Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah selepas sebutan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memasukan dokumen penghakiman menentang oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli sebagai sokongan untuk pihaknya mendapatkan pengampunan diraja.

Dalam penghakiman ‘mengejutkan’ itu, Abdul Rahman  menyatakan secara terbuka bahawa Najib sepatutnya dilepaskan dan dibebaskan memandangkan beliau tidak diberikan perbicaraan adil sebelum ini di Mahkamah Persekutuan bagi sabitan penyewelengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hari ini, peguam utama mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan pihaknya akan menghantar dokumen mengandungi keputusan minoriti Abdul Rahman bagi menyokong pembebasan Najib kelak.

“Permohonan yang telah dibuat oleh pasukan pembelaan ini sama dengan keputusan yang dibacakan oleh hakim kanan, Abdul Rahman Sebli pada Jumaat lepas dalam penghakiman beliau, 1 lawan 4.

“Ini adalah permohonan Najib yang tidak mendapat perbicaraan adil, rayuan terhadap sabitan salah serta jatuh hukum kes penyewelengan dana SRC yang tidak didengari oleh Mahkamah Persekutuan.

“Kami akan hantar penghakiman Rahman Sebli kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibacakan sebagai sebahagian daripada permohonan pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir prosiding kes pecah amanah (CBT) Najib membabitkan RM6.6 bilion dana kerajaan yang dibayar kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Sebelum ini, pada Jumaat lepas, Muhammad Shafee sudah memberi bayangan bahawa keputusan semakan yang menolak permohonan Najib itu bukanlah jalan ‘terakhir’ seperti anggapan segelintir pihak.

Ini selepas penghakiman menentang oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman sebenarnya telah membuka satu lagi jalan dalam kes penyelewengan dana SRC dihadapi Najib.

Katanya, penghakiman minoriti itu memberinya banyak dorongan.

Selain itu, pihak pembelaan juga akan menghantar dokumen lanjut mengenai penghakiman minoriti dan majoriti kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD).

Difahamkan UNWGAD juga telah memulakan proses sudah dengan meminta Peguam Negara memberi maklum balas berkaitan kes tersebut.

Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman majoriti 4-1, menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Keputusan itu dibacakan oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan dipersetujui oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais manakala Abdul Rahman menentang.

Abdul Rahman juga merupakan hakim kanan tunggal yang mempengerusikan panel hakim bagi mendengar kes semakan itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. apa Komen Zahid Hamidi adakah Kes Najib bukan balasan Allah!!!
    nak tanya kena tunggu Zahid Hamidi pakai kupiah berjubah dan kain berselepang baru nampak macam boleh dipercayai

Comments are closed.