Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Nama besar dan beberapa kejayaan yang dimiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memberi kesan kepada nilai komersial liga tempatan.

Pemiliknya,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kehadiran Harimau Selatan selama ini juga berjaya mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia.
“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.
Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor semalam menjelaskan bahawa perkara itu adalah fakta yang sebenar.

Komen itu dibuat Tunku Ismail selepas laman Instagram rasmi JDT berkongsi artikel yang menyatakan bahawa perlawanan membabitkan Harimau Selatan mengungguli rating tontonan di semua platform Astro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast