Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Baik Peguam Negara mahupun Ketua Hakim Negara, kedua-duanya jangan lagi ada dolak-dalih dan memperlekehkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, bola sudah di kaki, justeru mereka perlu bertanggungjawab.

Hujah beliau, tidakkah selama ini kes rasuah dan salah guna kuasa adalah hasil siasatan SPRM.

Jadi, mengapa dalam kes Nazlan ada dolak-dalik pula.

“Apabila Menteri Undang Undang yang mendedahlan kandungan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan, maka tidak ada sebab untuk mana mana pihak berdolak dalik,” katanya yang menyifatkan pendedahan Datuk Seri Azalina Othman Said adalah pendirian rasmi kerajaan.

Pendedahan Azalina itu juga adalah mesej supaya pihak berkaitan bertindak segera.

“Tegakkan keadilan dan jangan bertangguh lagi. Jangan perlekehkan peranan badan penyiasat seperti SPRM,” tambah beliau.

Lagipun, menurut Puad, rakyat sudah bosan dengan sikap membisu mereka.

Menurut Puad, kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini, jangan biarkan sistem keadilan Malaysia dirosakkan.

“Pendedahan Azalina adalah langkah wajar sebagai “pengimbang”. Ia bukan campur tangan eksekutif,” ujarnya.

Hari ini, Azalina dilapor mendedahkan rumusan SPRM dalam siasatan terhadap Nazlan yang mendapati hakim itu telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International.

Itu jawapan Azalina dalam surat bertarikh 20 Mac kepada Shafee & Co iaitu firma guaman yang mewakili Datuk Seri Najib Razak.

Surat yang dipercayai telah ‘bocor’ itu menyatakan Nazlan telah melanggar kod etika kehakiman dan mempunyai konflik kepentingan.

Untuk makluman, Nazlan merupakan hakim yang telah mendengar dan menjatuhkan hukuman bagi kes penyewelengan dana SRC International bernilai RM42juta membabitkan Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Surat SPRM rumus Nazlan langgar kod etika hakim sahih – Peguam