Jurulatih Akuatik Renang, Chirs Martin (dua kiri) bergambar bersama atletnya, Jaydan Tan (kiri) , Hii Puong Wei (kanan) dan Pengurus Pasukan, Low Shuan Hua (dua kanan) pada sidang media Kontijen Sukan Sea 2023 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Foto MUHD NA’IM, 06 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Selepas pulang sekadar meraih satu pingat emas pada Sukan Sea di Hanoi pada tahun lalu, skuad renang negara mengharapkan nasib lebih baik pada temasya sukan yang sama pada kali ini.

Jurulatih renang kebangsaan, Chris Martin berkata, seramai 18 perenang akan menggalas cabaran untuk negara memburu pingat pada temasya di Kemboja.

“Pada tahun lalu kami mencapai kejayaan lebih dalam acara relay, jadi kali ini kita mengharapkan yang terbaik pada kategori itu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada temasya di Hanoi, Mei tahun lalu, perenang negara Khiew Hoe Yean membawa pulang emas tunggal untuk negara dalam acara renang menerusi acara 200 meter gaya bebas selain merangkul empat perak dan dua gangsa dalam kategori lain.

Martin mengharapkan perenang negara tidak mengulangi kesilapan permulaan acara renang 4×100 meter gaya bebas selepas penyertaan pasukan negara dibatalkan akibat kesilapan semasa memulakan renang.

Pembatalan kemenangan oleh Singapura dan Malaysia mengakibatkan Vietnam yang menamatkan saingan di tempat ketiga diberikan pingat emas manakala Indonesia dan Thailand dihadiahkan pingat perak dan gangsa.

Sementara itu, perenang Jayden Tan, 18, optimis pingat sudah ada dalam genggamannya berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan.

“Persiapan saya kali ini sangat bagus dan mengharapkan yang terbaik di Kemboja nanti dan sudah pasti pingat menjadi sasaran utama mungkin dalam kategori ‘relay’ atau individual medley events’, ” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast