SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kakitangan, warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kariah sekitar, hari ini.
Beliau tiba di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam pekarangan UiTM Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Khutbah disampaikan Imam Mohd Faizan Tajuid yang turut mengimamkan solat Jumaat.
Turut bersama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Exco Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Sebelum itu, Anwar hadir di sesi dialog bersama mahasiswa UiTM di Dewan Annex UiTM Shah Alam.
Anwar menjadikan rutin solat Jumaat bersama rakyat sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri ke-10 pada November tahun lalu. – MalaysiaGazette