KUALA LUMPUR – UMNO berharap agar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar dapat mempertimbangkan untuk menganugerahkan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang petang tadi.
“Kami tak desak tapi mohon Yang di-Pertuan Agong agar dapat timbangkan rayuan UMNO ini.
“Kita bergembira untuk sama-sama iftar pada hari ini tapi bekas pemimpin kita ada dalam penjara dan menikmati makanan berbuka puasa secara di dalam penjara.
“Kita amat simpati dengan keadaan, mohon doa kekuatan dan harap Yang di-Pertuan Agong beri pengampunan,” katanya dalam majlis berbuka puasa bersama MKT UMNO di Dewan Razak di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan UMNO daripada 191 bahagiannya.
Dalam pada itu, sejumlah 3,000 tandatangan sudah diperoleh parti itu daripada sayap wanita UMNO yang mahukan Najib diberikan pengampunan diraja.
“Malah ketua-ketua bahagian juga melaui Pengerusi Perhubungan UMNO negeri telah kumpul tandatangan Ketua-ketua bahagian di seluruh negara,” jelas Ahmad Zahid lagi.– MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: