Kenapa biarkan aktiviti seks di lorong belakang berhampiran Pasar Besar Kuantan masih berleluasa terutama pada bulan Ramadan.

KUANTAN – Masih ada sekumpulan individu yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Ini kerana masih kelihatan mak nyah berpakaian cantik dan berhias menawarkan servis seks di jalan belakang berhampiran Pasar Besar Kuantan.

Tinjauan selama tiga hari MalaysiaGazette mendapati mereka mula ‘beroperasi’ pada waktu tengahari sekitar pukul 1.30 petang hinggalah tengah malam.

Kelihatan juga beberapa  lelaki warga asing dan bukan Islam mengunjungi lorong itu dipercayai mendapatkan perkhidmatan seks.

Turut kelihatan beberapa air ikat tepi disangkut di pintu lorong belakang kawasan berkenaan.

Golongan mak nyah itu juga cekap melarikan diri apabila mendapati van milik penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan berhampiran lorong berkenaan.

Namun jika tidak ada keiibat penguat kuasa, aktiviti itu dilihat masih diteruskan.

Sementara itu, orang ramai yang menyedari kegiatan itu mahu pihak berkuasa agama membuat serbuan dan bertindak tegas kepada aktiviti seks dalam kalangan maknyah di situ.

Bagi mereka, sudahlah ia salah tetapi membiarkannya berleluasa  juga seakan-akan ‘menghina’ bulan Ramadan.- MalaysiaGazette