Emman Azman

KUALA LUMPUR – Juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman teruja apabila menjadi ahli gusti pertama dari Malaysia bersaing dalam Kejohanan New Japan Pro Wrestling (NJPW) TAMASHII, pada 16 April ini.

Kejohanan yang bakal berlangsung di Melbourne, Australia itu mendapat perhatian dunia di mana syarikat NJPW yang ditubuhkan pada 1972 merupakan entiti sukan gusti yang terbesar dan popular di Jepun, selepas WWE.

Emman dijadualkan akan menentang ahli gusti dari Australia, Jarvis dalam perlawanan solo untuk kali ketiga.

“Menyertai kejohanan gusti NJPW adalah besar kerana NJPW antara syarikat gusti yang terbesar di belakang WWE. Saya sangat teruja dan Emman bangga menjadi ahli gusti pertama Malaysia menyertai NJPW.

“Ini kali pertama Emman muncul di syarikat wrestling Jepun, jadi Emman mahu berikan yang terbaik dan harumkan nama Malaysia di pentas dunia. Doakan Emman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 April lalu, Emman muncul menang menentang Jarvis dalam perlawanan MCWBlood In TheWater yang berlangsung di Melbourne.

Sebelum itu, Emman menentang Jarvis buat kali pertama di pada MCW Ascension Tournament, Mei tahun lalu.

Emman mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti ‘New Breed’ yang berlangsung di Kuash TTDI, di ibu negara pada 18 Februari lalu.

Emman yang digelar Golden Boy, menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory danmenamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri, iaitu KL Gold Running Elbow.

Untuk rekod, pada 26 November 2022, Emman Azman yang berusia 22 tahun menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) menewaskan Mick Moretti dan AdamBrooks. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast