KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggal Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tamat.
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu meramalkan Anwar akan dapat menghabiskan tempohnya dengan keyakinan 70 peratus.
“Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan 90 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun, 80 peratus kemungkinan bertahan untuk tiga tahun dan 70 peratus kemungkinan bertahan untuk penggal penuh lima tahun,” katanya dalam blognya hari ini.
Berjudul “Bolehkah Anwar bertahan lima tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10”, Kit Siang berkata, ramalan itu mengambil kira kegagalan pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggalas tanggungjawab mereka di Parlimen.
Malah Kit Siang berkata, PN lebih kepada merosakkan perpaduan kaum di negara ini menerusi isu-isu retorik perkauman dan agama.
“Kegagalan mereka (PN) untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong semasa istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara dan juga peranan mereka dalam merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasi negara melalui retorik penipuan perkauman dan keagamaan,” jelas Kit Siang lagi.
Dalam pada itu, Kit Siang turut menekankan peranan UMNO dalam memastikan Anwar kekal sebagai perdana menteri.
Kata Kit Siang, kewujudan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan amat penting untuk Anwar.
“Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada UMNO dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.
“Prestasi buruk UMNO dalam PRU-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BossKu (Najib Abdul Razak) walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) adalah satu kesilapan.
“Sekiranya perkara ini betul, UMNO sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Lim Kit Siang ni idea ZERO FORMULA (Rafizi Ramli Raja Formula? tapi bernas akal..
Tilikan Anwar kekal PM betul
SEBABNYA pun betul BN perlu pertahankan.
yang kelakar Lim Kit Siang puji UMNO dia TIMANG TINGGI TINGGI dah Tinggi dia tak sambut dan biarkan MARUAH PRESIDENT terhempas… bijak Bijak kesian Kesian
kenapa Welanon Welanon tidak berani tegur Big Father’s ni.. sonyap Ajo hahaha… nak Raya ni TELOR ada ka?