Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai trofi Liga Super meskipun kini cemerlang dengan lapan kemenangan berturut-turut.

Terbaharu, Kedah Darul Aman FC menjadi pasukan seterusnya yang tewas besar kepada JDT dengan keputusan 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Nyata dengan jurang jaringan yang cukup besar diraih JDT dalam lapan perlawanan setakat ini memperlihatkan peluang mereka cukup tinggi untuk menjulang trofi Liga Super sekali lagi buat kali ke-10.

Namun Solari enggan terlalu memikirkan kejuaraan itu terlalu awal memandangkan perjalanan liga musim ini masih lagi panjang selain mahu barisan pemain sentiasa fokus aksi-aksi yang akan datang dan tetap menghormati pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai kejuaraan dan kita sudah bermain dengan banyak pasukan yang bagus tetapi kita tetap menampilkan permainan yang cemerlang.

JDT menjadikan Kedah Darul Aman FC sebagai pasukan seterusnya yang tewas besar dengan keputusan 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

“Kami ingin terus menampilkan permainan yang bagus, meletakkan idea yang betul dan inilah yang kita ingin jangkakan untuk setiap aksi.

“Tidak kira bermain di laman sendiri atau tempat lain, kita sentiasa menghormati lawan dan keutamaannya adalah bagaimana kita menghormati pasukan sendiri.

“Saya nampak perjalanan yang masih jauh dan apa-apa sahaja boleh berlaku dan sekarang kita memang gembira cuma semuanya masih belum pasti lagi (untuk menang trofi)”, jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast