Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma di sini hari ini.

Mangsa, Nuraida Hashim, 43, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Komander Operasi, Mohd Fazlee Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 5.08 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam serta Bandar Perda dikerahkan ke lokasi.

 

Mangsa ditemui di atas katil.

“Sebaik tiba kita dapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan kira-kira 250 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 40 peratus.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah membawa kepada penemuan seorang wanita OKU di atas katil di dalam bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Mohd Fazlee, api berjaya dikawal pukul 5.31 petang dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pukul 6.26 petang.

Sementara itu, abang ipar mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdul Rais, 48, berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama ibu mentuanya berusia 80-an dan anaknya.

“Ibu mentua dan anak saya sempat melarikan diri namun tidak dapat menyelamatkan adik ipar yang sudah dua tahun terlantar di katil.

“Saya dan isteri berada di Kulim, Kedah sebelum anak menelefon memberitahu mengenai kejadian itu dan kami bergegas pulang,” katanya.

Abdul Rais dia tidak menolak kemungkinan  kejadian berpunca daripada litar pintas namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast