Foto Facebook Harimau Selatan X.

KUALA LUMPUR – Satu kontrak  tawaran kontrak buat pemain Selangor FC (SFC) kini ‘bocor’ dan  menjadi tular di media sosial.

Ia didedahkan oleh sebuah laman Facebook dengan nama Harimau Selatan X buat pemain import ‘The Red Giants’ bagi musim 2023.

Dalam surat tawaran kontrak yang memiliki jata Selangor FC dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon, butiran lanjut kontrak turut didedahkan pada hantaran terbabit.

Antaranya adalah gaji bulanan sebanyak RM132,000, yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.

Selain itu, kontrak terbabit turut menawarkan amaun dipercayai bonus sebanyak RM132,000 setiap satu untuk juara Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.

Pemain turut ditawarkan RM1,000 bagi kemenangan di tempat sendiri selain elaun rumah sebanyak RM2,500 sebulan.

Kereta disediakan oleh pasukan dan mereka turut memberikan satu tiket penerbangan kelas ekonomi buat pemain, isteri dan anak anak untuk terbang ke Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast