Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail (tengah) menyampaikan sijil kepada usahawan selebriti yang berniaga di Bazar Aidilfitri Ampang sepanjang Ramadan ini.

AMPANG – Bazar Aidilfitri Ampang yang berlangsung di Ampang Point kini menjadi platform kepada golongan selebriti untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang Ramadan ini.

Bazar anjuran Pertubuhan Angkatan Malaysia Cemerlang menyediakan lebih 30 gerai kepada golongan itu dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung berdasarkan populariti mereka.

Penganjur, Datuk Al Amin Azwar berkata, selain berkolaborasi dengan usahawan selebriti, pihak turut memberi peluang kepada usahawan di sekitar kawasan itu berniaga.

Antara selebriti yang berniga di Bazar Aidilfitri Ampang ialah Azan Scan, Kena Mentor, Imuda, Abon, Radhi OAG dan Fara Waheeda.

“Kita membuka peluang kepada usahawan selebriti sambil bekerjasama dari segi pemasaran lokasi ini menerusi bantuan daripada Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS)  GTAS dan Persatuan Seniman Malaysia bersama kami di sini.

“Terdapat 30 gerai artis disediakan dan kita beri kelonggaran kerana kita faham mereka kadang-kadang ada panggilan untuk tawaran pentas dan penggambaran.

“Jadi artis ini menempatkan rakan kongsi atau staf untuk jaga gerai selain sentiasa membantu kita dengan mempromosi tempat ini di media sosial mereka.

“Saya ada maklum kepada mereka untuk sesekali turun berjjumpa peminat sebagai daya tarikan kerana ramai pengunjung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya selepas majlis penyerah sijil kepada usahawan Bazar Aidilfitri Ampang oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail baru-baru ini.

Azan Scan antara selebriti yang meniaga di Bazar Aidilfitri Ampang.

Al Amin menambah, pihaknya bersyukur kerana Rodziah telah memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menghidupkan kawasan itu dan menarik usahawan yang tidak ada tempat dan lesen untuk dikumpulkan di satu lokasi sehenti.

Ujar beliau, sebelum ini tapak Bazar Aidilfitri Ampang itu pernah beroperasi sebagai tapak Uptown ULAM atau Uptown Lorong Ampang Mampan untuk beberapa bulan.

Katanya, selepas ini, tapak perniagaan itu akan diteruskan dengan dikenali sebagai Uptown Ampang bermula Syawal ini.

“Kami mahu menjadikan Ampang yang terletak di tengah pusat bandar itu sebagai tapak perniagaan yang menjadi tumpuan ramai seperti Danau Kota atau Jalan Masjid India.

“Atas bantuan kawan-kawan dan persatuan artis yang turut membuat marketing di sosial media masing-masing, Insya-Allah kawasan ini tampak ‘hidup’.

“Sebelum ini pun tempat ini kosong tapi kita sudah buat cahaya dan hias tempat ini kerana selama ini bila orang lalu kawasan ini nampak gelap sahaja. Sekarang ini bila dihias ia nampak unik dan ada daya tarikan tersendiri.

“Di masa akan datang kita akan cantikkan lagi tempat ini dengan seni supaya ada daya tarikan untuk pengunjung di luar sana datang ke sini,” katanya. – MalaysiaGazette

Al Amin Azwar.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast