Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui terapung di sebuah kolam golf di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui dalam keadaan terapung di kolam kelab golf, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat lelaki ditemui seorang pemain golf di kelab berkenaan.

“Mangsa dilaporkan sering masuk ke kawasan tersebut untuk mengutip bola golf dalam kawasan tersebut tanpa kebenaran secara berseorangan.

“Semasa kejadian tiada saksi yang melihat si mati lemas. Mangsa hanya ditemui telah lemas di dalam kolam oleh pemain golf dan memaklumkan kepada pihak pengurusan,” katanya

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette