Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

PUTRAJAYA – Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi kategori rayuan untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat bermula esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi Kalendar Akademik sesi 2023/2024.

Semakan keputusan untuk Tingkatan 1 boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my dan https://spskt4.moe.gov.my pula bagi Tingkatan 4.

“Bagi kategori rayuan ini, seramai 1,783 orang murid Tingkatan 1 dan 404 orang murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP.

“Manakala 1,886 orang murid Tingkatan 1 dan 971 orang murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan itu, KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya ditawarkan ke sekolah khusus berkenaan.

KPM turut mengulangi pendirian untuk terus memastikan setiap murid di negara ini mendapat hak akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast