Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memberikan kit perjalanan sambil berbual dengan pengguna lebuh raya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersedia membantu melancarkan perjalanan pengguna jalan raya dari ibu kota untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Ketuanya, Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti dan menempatkan anggota polis di kira-kira 50 lokasi hotspot kesesakan lalu lintas, dan 11 lokasi berisiko kemalangan sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, setakat ini, lebih sejuta kenderaan sudah diuruskan meninggalkan pusat bandar dan beliau menganggarkan jumlah itu meningkat sehingga 1.2 hingga 1.3 juta pada bermula pagi ini dan esok.

etua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh bercakap kepada media selepas memberikan kit perjalanan kepada pengguna lebuh raya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2023.

“Antara 50 hotspot yang dikenal pasti adalah di Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Plaza Tol Duta.

“Setakat ini, kita sudah menguruskan lebih sejuta kenderaan yang pulang ke kampung dan belum jumlah itu belum di tahap maksimum. Saya percaya esok kira-kira 1.2 sehingga 1.3 juta kenderaan akan meninggalkan Kuala Lumpur.

“Aduan kemalangan yang diterima polis setakat semalam dan hari ini juga menunjukkan trend menurun,” katanya pada sidang media program ‘Jom Balik Kampung’ di Plaza Tol Duta menghala Utara hari ini.

Pada program Op Selamat 20 yang dilancarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani baru-baru ini, Sarifudin dan anggota JSPTKL memberi penerangan kepada pengguna jalan raya dan memberikan mereka kit perjalanan berisi antaranya risalah keselamatan memandu.

Katanya, sempena Op Lancar dan Op Selamat 20 sepanjang Aidilfitri ini, 95 peratus anggota JSPTKL akan dikerah bertugas dan bakinya dibenarkan bercuti menyambut perayaan itu.

Beliau pada sama turut mengingatkan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung untuk memastikan kenderaan telah diselenggara sebelum memulakan perjalanan, patuh segala undang-undang dan arahan polis bertugas.

“Jika penat, sila berehat. Jangan paksa diri, pastikan dapat rehat secukupnya,” kata Sarifudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast