KUALA LUMPUR – Empat orang pendaki di Bukit Wawasan Puchong yang tersesat diselamatkan bomba, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan tentang insiden itu kira-kira jam 4.42 petang tadi.
“Sepasukan anggota bomba dari Puchong bergegas ke tempat kejadian tadi dan mendapati empat individu terdiri daripada dua remaja dan dua dewasa termasuk dua perempuan sesat semasa mendaki bukit itu.
“Kesemua mereka anggaran berumur antara 12 tahun dan 40 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, pihak bomba berjaya menemui kesemua mangsa tersebut.
“Mereka membawa mangsa turun ke base camp Gerbang Wawasan Hill dan kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette