Warga asing tidak melepaskan peluang bersiar-siar sempena cuti umum perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Rata-rata warga asing yang bekerja di negara ini mengambil kesempatan daripada cuti umum Hari Raya Aidilfitri dengan beraya di beberapa lokasi popular di ibu negara seperti pusat beli belah KLCC.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati lokasi itu mula sesak dengan kehadiran warga asing seawal jam 10 pagi untuk bertemu dengan rakan senegara mereka.

Cuaca panas terik tidak menghalang mereka yang beragama Islam mengukuhkan siratul rahim.

Terdapat dalam kalangan mereka mengenakan pakaian tradisi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Warga asing tidak melepaskan peluang bersiar-siar sempena cuti umum perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.

Antara yang paling ramai pengunjung di KLCC  adalah warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India dan Filipina dan dengan sistem pengangkutan awam yang baik, lokasi itu terus  menjadi tumpuan warga asing.

Selain warga asing, kelibat penduduk tempatan dari Sabah juga tidak ketinggalan untuk menghabiskan cuti umum.

Menurut Jimbo Musa dari Sabah yang bekerja di sebuah hotel berkata, beliau mengambil kesempatan pada musim cuti untuk datang ke KLCC bagi pelanggan seperti warga asing dan pelancong yang berminat untuk bergambar di hadapan bangunan Menara Berkembar Petronas.

Peniaga, Jimbo Musa bercakap ketika ditemubual mengenai warga asing tidak yang bersiar-siar sempena cuti umum perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.

“Memang ini rezeki buat saya, sudah mula buat ini sebelum pandemik Covid-19 lagi. Memang boleh buat duit sikit buat belanja dan simpanan kerana tidak cukup makan gaji sahaja. Di sini ramai juga yang buat kerja freelancing ini kerana memang ada ‘demand’.

“Ada juga yang mahu merakam sehingga 10 hingga 20 gambar, kita bagi diskaun bagi mereka. Rata-rata mereka memang puas hati. Cabaran memang ada, panas terik dan kadang-kadang hujan. Kita cari rezeki jadi tidak boleh kira semua itu.

“Raya pun begini sahaja demi rezeki, tetap beraya juga dengan suasana seperti ini,” katanya.

Walaupun cuaca mula mendung dan berkemungkinan hujan dalam masa terdekat, pengunjung terutamanya warga asing masih lagi ramai, rata-rata mereka mahu menggunakan peluang untuk bersama rakan selain juga menunjukkan keindahan Malaysia kepada keluarga melalui rakaman gambar dan ‘video call’.

Ketika ditanya apakah lagi perancangan mereka selepas ini, rata-rata mereka mahu menonton filem. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast