Pengasas Syarikat Perkapalan Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy

KUALA LUMPUR -Desakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanyalah langkah ‘populis’ kumpulan tertentu yang akhirnya akan merugikan rakyat.

Jika dulu alasan pandemik Covid-19 diberikan untuk dua pengeluaran namun keadaan sudah berubah.

Rakyat dan kerajaan sebaliknya, perlu mencari alternatif lain bagi menangani keadaan mendesak ketika ini.

Ini antara luahan ahli korporat dan aktivis terkenal, Datuk Seri R Jeyenderan yang bimbang seandainya wang KWSP itu diusik lagi.

“Duit itu duit kita, duit anda untuk masa depan apabila hari tua kelak. Kita sebagai manusia tidak akan dapat membuat telahan apakah yang akan berlaku pada ketika itu. Jika kita berterusan mengusik wang simpanan kita sendiri, apa yang tinggal?

“Dulu kerajaan benarkan pengeluaran KWSP tapi negara sudah keluar daripada pandemik dan kita lalui fasa endemik kini, janganlah kita hendak biasakan diri dengan keadaan itu. Fikir tentang masa depan. Duit itu akan habis sekelip mata sahaja, adakah selepas itu kita akan minta pengeluaran lagi selepas ini? Jangan begitu.

“Kita perlu seimbangkan penggunaan sumber kewangan masa sekarang dengan penggunaan kelak.

“Hari persaraan tidak harus diabaikan meskipun mempunyai peluang untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum tiba masa sepatutnya (55 tahun),” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Jeyenderan yang merupakan pengasas dan pemilik Ketua Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd yang terlibat dengan industri perkapalan selama hampir 30 tahun mendedahkan dirinya sendiri berdepan kehidupan sukar sebelum berjaya ketika ini.

“Saya bukan lahir dalam dulang emas. Saya habiskan zaman remaja saya dengan bekerja keras seawal jam 2 pagi, berbasikal berkilo-kilo meter jauh setiap awal pagi demi sesuap nasi untuk keluarga.

“Saya cukup faham keadaan ‘pandemik’ dan erti kesusahan hidup itu.

“Disebabkan itu, saya bimbang. Saya bukan ahli politik yang keluarkan pandangan populis untuk popular, saya ambil berat terhadap nasib para pengeluar wang KWSP yang objektifnya untuk hari-hari tua nanti.

“Janganlah sehingga ‘nasi jadi bubur’. Menyesal tidak berkesudahan. Duit KWSP ini hanya akan beri keselesaan dan kepuasan sementara.

“Sedangkan dalam jangka masa panjang akan mengundang lebih banyak masalah ekonomi kepada rakyat sehingga keadaan melarat,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pengeluaran wang KWSP bukan jalan keluar terakhir sebaliknya kerajaan perlu ada sumber lain untuk membantu rakyat.

Jelasnya kerajaan juga perlu mencari alternatif supaya kebergantungan kepada wang KWSP ini tidak diteruskan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bagus idea macha ni…
    nasihat betul yang betul-betul tersasar untuk rakyat susah sehingga endemic berakhir. rakyat telah menjadi TUA dari umur SEBENAR.
    macha ni bukan ahli politics tapi ahli perniagaan. Dua habuan besar rakyat fikir macha ni akan dapat;
    1) menjadi Ahli Politics *Kehormat*
    2) menjadi vendor *Kehormat* perniagaan maritime.

    survival company dia lebih “diutamakan” dari puluhan ribu kesengsaraan rakyat. Welanon boleh fikir peluang tu…..

  2. Pala hotak hang macha…
    Ko senang, kalau ko susah ko pun sama lah 2 kali 5…
    Pungkok hang.

Comments are closed.