KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,618 kes kemalangan dilaporkan pada hari ketujuh pelaksanaan Op Selamat 20 bersempena sambutan Aidilfitri.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata, sebanyak 1,975 kenderaan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.

Katanya, kereta masih kekal sebagai penyumbang utama kemalangan iaitu melibatkan sebanyak 1,304 buah diikuti motosikal (250), kenderaan pacuan empat roda (179) buah, kenderaan pelbagai guna (127), lori (66), van (34), bas (9), teksi (4) dan basikal (2). – MalaysiaGazette