Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kepada exco kanannya sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah seks.

Beliau bagaimanapun memberi gambaran, tohmahan itu tidak seharusnya dilayan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin sebaliknya harus memfokuskan kepada usaha membangunkan ekonomi negeri demi rakyat.

Menurutnya, tindakan cuba menjatuhkan mana-mana tokoh kepimpinan melalui dakwaan yang diambil dari medium media sosial tidak seharusnya diperbesarkan sehingga rakyat muak mendengarnya.

“Siapa yang bersalah dalam hal ini pun tiada siapa dapat (dan) kalau setakat perkara ini diambil dari medium media sosial sebagai bentuk untuk jatuhkan imej atau mana-mana tokoh, saya rasa perkara ini harus dilihat lebih mendalam daripada itu.

“Ini adalah merupakan salah satu agenda mereka-mereka yang masih lagi tak ‘move on’ dalam politik Melaka yang sudah kita beralih ke arah politik baharu.

“Saya tak nak memikirkan benda ni sebab saya fikir untuk bekerja, mempromosikan Melaka memajukan negeri Melaka (berbanding) perkara-perkara bersifat peribadi yang saya rasa tak perlu dibincang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program International Celebrity Visit Melaka di Banda Hilir di sini, hari ini.

Malam tadi, bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menggesa Ab Rauf supaya mengarahkan Rais yang terpalit dakwaan rasuah seks segera membuat laporan polis bagi membuktikan beliau difitnah seperti didakwa.

Artikel berkaitan:

Mohamad Ali yang tewas kepada Rais untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan 18 Mac lalu berkata, Ab Rauf perlu berani mengambil tanggungjawab itu sekali gus membersihkan imej kerajaan negeri pimpinannya.

Ditanya mengenai desakan Mohamad Ali itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, itu terserah kepada Rais.

“Itu terserah pada dia (Rais), saya tak nak campur…kalau benda itu (video) tohmahan macamana? Kalau terbukti ada agenda politik nak menjatuhkan imej seseorang tokoh.

“Saya dah kena dulu saya dah kena dulu sewaktu saya jadi Speaker (Dewan Undangan Negeri), tuan-tuan jangan lupa agenda yang sama, pelakon yang sama,” katanya. – MalaysiaGazette.

1 Komen

  1. terima seks ke beri seks
    fitnah ke betul fitnah ke betul fitnah ke betul
    ye ke idak ye ke idak ye ke idak
    report ke tak report ke tak report ke tak
    Peribadi atau politik Peribadi atau politik
    kena layan ke tak perlu kena layan ke tak perlu
    sudah diasak akhirnya…
    report boleh tak report pun tak apa…
    yang penting boleh bekerja untuk rakyat
    hahaha hahaha hahaha

Comments are closed.