GOMBAK – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dicabar untuk berdebat secara terbuka dengan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Cabaran itu dilemparkan Dominic bagi membahaskan isu pembangunan Pulau Pinang selatan (PSI) dan Seberang Perai.
“Tempat, masa dan bahasa boleh ditentukan oleh Ketua Menteri, tapi saya hanya minta wartawan dan jurukamera dibenarkan membuat liputan sesi debat tersebut,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), hari ini.
Cabaran itu dibuat Dominic kerana mendakwa rakyat negeri Pulau Pinang membantah perlaksanaan projek tersebut walaupun pihak kerajaan negeri mendakwa rakyat menyokong penuh perlaksanaannya.
“Beliau (Kon Yeow) berkata badan bukan kerajaan dan parti pembangkang hanya tahu mempolitikkan isu projek PSI, namun bagaimanapula dengan suara rakyat seperti golongan nelayan?” katanya.
Tambah Dominic, laporan jelas menyatakan projek PSI akan memberi impak negatif terhadap alam sekitar.
“Adakah NGO dan golongan nelayan juga mahu politikkan isu PSI, sedangkan projek PSI mempengaruhi sumber pendapatan dan kelangsungan hidup mereka. Mereka tidak setuju projek PSI ini.
“NGO tidak setuju, pakar akademik turut bangkang kerana jika diteruskan, projek itu menyebabkan bekalan air di Pulau Pinang terjejas, alam sekitar turut terjejas,” katanya.
Awal hari ini, Dominic membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang kerana mendakwa tiada angin perubahan yang dibawa gabungan itu selepas 15 tahun mentadbir.
Dominic berkata, PH hanya banyak menabur janji kosong kepada pengundi-pengundi yang memilih mereka. – MalaysiaGazette
Aduhai.. wujud lg ke pemimpin2 parti yg dh ditolak mentah2 pru15.. Nk ajak pihak lain utk berdebat pulak dh. Mungkin PRN dh hampir tiba utk tunjuk yg partinye masih wujud. Abis PRN pakat2 masuk gua balik ye.