Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap pada sidang media pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli ke-24 Tahun di Dewan Komuniti Orang Asli Gombak, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 20 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Rundingan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri memasuki peringkat akhir.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, senarai nama calon Gerakan sudah diberikan kepada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk dimuktamadkan.

“Rundingan sangat memuaskan dan memang ada beberapa kerusi bertindih yang telah ditunjukkan hasrat oleh komponen parti lain daripda Bersatu, Pas dan Gerakan sendiri di kerusi-kerusi campuran.

“Jika kerusi itu majoriti orang Melayu atau Cina, tidak ada masalah besar, ia memang sudah diagihkan sebelum PRU15.

“Rundingan sudah mencecah 90 peratus selesai hanya 10 peratus lagi masih diusahakan untuk buat keputusan parti mana yang akan mewakili PN dalam PRN yang akan datang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) ke-24 di Gombak, dekat sini, hari ini.

Ditanya sama ada Gerakan sedang menumpukan untuk merampas Pulau Pinang, Dominic yang juga Pengerusi Perhubungan PN Pulau Pinang memberitahu, parti itu akan memfokuskan kepada negeri itu.

Jelasnya, Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang cuba untuk dirampas oleh gabungan tersebut.

“Saya sedang memastikan kawasan boleh menang dengan calon yang kita ada, kita akan buat rundingan di peringkat PN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.