KUALA LUMPUR – Penyanyi senior, Datuk Hattan dikecam teruk netizen selepas kontroversinya ‘sekolahkan’ pembaca berita sebuah stesen televisyen yang hangat diperkatakan sejak semalam.
Hentaman berlaku pada hantaran membabitkan wawancara langsung dengannya berkenaan Allahyarham Mael XPDC malah pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin turut diserang Instagram miliknyanya.
Namun Hattan mengambil langkah pantas apabila menetapkan Instagram kepada mode privasi.
Semalam ramai meluahkan kemarahan apabila penghibur yang hampir empat dekad dalam industri muzik itu didakwa memalukan pembaca berita wanita yang bertanyakan soalan mengenai Allahyarham Mael XPDC.
Memulakan perbualan dengan menyatakan lirik lagu XPDC ‘makan dalam’, Hattan terus menempelak wanita itu apabila mendakwanya tidak membuat kajian terlebih dulu.
Begitupun, personaliti televisyen itu bertindak profesional berdepan situasi tidak dijangkakan itu apabila tetap mengucapkan terima kasih atas perkongsian diberikan.
Namun, sekali lagi figura popular asal Negeri Sembilan itu membuat kejutan apabila terus meletakkan telefon belum pun sempat ucapan berkenaan tamat.
Temu bual secara langsung itu terus tular dalam pelbagai platform media sosial sekaligus mengakibatkannya diselar sebagai biadab.
Rata-rata menegaskan sikap sedemikian tidak setara dengan gelaran serta usianya selaku individu dihormati yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada generasi muda.
Malah tidak kurang dalam kalangan netizen menggesa penyanyi berumur 58 tahun itu mengakui kesilapan selain meminta maaf secara terbuka kepada personaliti televisyen terbabit. – MalaysiaGazette
Setuju. Kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Boleh bersikap profesional lebih profesional. Ini menjadi contoh kepada semua masyarakat.
Bila hati dah ada penyakit SOMBONG…memang macam tu laaa…
Dia anggap sama taraf ingat hal2 hiburan dengan hal2 agama.Nak kena ingat sapa cipta lagu sapa cipta lirik macam kena ingat rukun iman, rukun islam.lahabau betul..latuk latuk.
artis poyo