Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganjurkan majlis hari raya Aidilfitri di kediaman rasminya di Alor Setar, baru-baru ini.

Beliau turut menempelak Muhammad Sanusi kerana menuduh majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani anjuran kerajaan Persekutuan di Alor Setar hari ini sebagai membazir, tidak wajar dan berunsur politik.

“Sekarang terkena batang hidung sendiri. Majlis raya Sanusi bersama mahasiswa ada angkat sumpah taat setia.

“Itu betul-betul politik. Pertama kali dalam sejarah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Selasa lalu, FMT melaporkan, Muhammad Sanusi menafikan penglibatannya dalam ikrar taat setia dilafazkan sekumpulan 1,000 mahasiswa bagi menyokongnya pada majlis tersebut.

Dalam rakaman video yang dikongsi oleh Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kedengaran sekumpulan pelajar melafazkan ikrar yang berbunyi: “Kami pelajar Kedah akan mempertahankan, dan menyatakan sokongan kami kepada MB Kedah. Takbir, takbir”.

Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Kedah, Mohamad Luqman Nurhakim Shamsudin menjelaskan, ikrar tersebut memang tiada dalam atur cara atau pengetahuan penganjur dan Muhammad Sanusi tidak mengetahui tentangnya.

Mohd Puad menambah, walau apa pun alasan diberikan, majlis itu dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon dan kos menyediakan makanan serta minuman ditaja oleh pejabatnya.

“Majlis orang dia kata membazir. Majlis dia OK pula. Kenapa tidak buat sekali dengan rumah terbuka MB? Elok Bersih tanya, majlis itu guna dana mana?” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. hampir smua rakyat kedah bersama dg mb kedah walau apa komen skalipun drpd pihak2 yg tdk berpuas hati dg MB kedah

Comments are closed.