prabayar internet
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, yang dikatakan membantah kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Himpunan MADANI Kedah 2023 adalah palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini beliau memberitahu bahawa kenyataan palsu itu disebarkan oleh pemilik akaun Telegram ‘Edisi Siasat’, dan beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perkara itu.

“Sekali baca pun boleh nampak kenyataan media ini salah format, dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).

Foto: FB

AMK pusat menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menyiarkan poster penafian kenyataan media berkenaan.

Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk sebarang maklumat terkini dan sahih”.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan MADANI Kedah 2023 yang turut disertai Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lepas.- BERNAMA

1 Komen

  1. Mamat ni anak murid Rafizi Ramli kot… rerajin CARI UCAPAN beliau sebelum jadi MENTERI kerja dia adalah menghasut setiap hari… viral dah Kes Rafizi ni tapi sekarang berpusing-pusing lak… nasib dan untung rakyat la….

Comments are closed.