Anwar Ibrahim. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR –  Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera, sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Anwar, Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan
mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

Tambah beliau, ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama. – MalaysiaGazette