gaji penjawat awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar bergambar dengan pekerja sektor awam dan sawsta pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto MUHD NA’IM, 01 MEI 2023.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masanya sudah tiba untuk kerajaan menilai dan mengkaji semula gaji penjawat awam peringkat rendah dan menengah.

Menurut beliau, langkah itu perlu dilakukan kerana kadar gaji sedia ada bagi dua kumpulan berkenaan dilihat tidak munasabah.

“Ini jaminan saya, sebahagian saudara kenal saya, kenal rakan-rakan saya, kita punya komitmen,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat pada program Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengumumkan sumbangan dana RM1 juta masing-masing kepada CUEPACS dan MTUC bagi memastikan pengurusan dua badan berkenaan lebih berdaya saing.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh kepada pegawai perubatan di sebuah hospital swasta, Dr S Malar Santhi serta Anugerah Majikan Prihatin kepada Harta Maintenance Sdn Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menegur sikap syarikat-syarikat yang terlalu mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan kepentingan pekerja.

Beliau memberitahu, syarikat-syarikat terbabit menunjukkan peningkatan produktiviti serta mencatatkan keuntungan berbilion ringgit namun gaji pekerja mereka tidak meningkat.

“Saya terlalu kesal kerana ada ketikanya di mana kerajaan terpaksa campur tangan, kita berikan insentif, kemudahan percukaian yang baik.

“Saya dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri punya dasar yang jelas apa sahaja yang perlu untuk menarik pelaburan, insentif, mempermudahkan urusan perniagaan, mempercepatkan kelulusan, semua kita dah buat,” jelasnya.

Anwar menegaskan, Kerajaan Malaysia Madani pimpinannya tidak mewarisi sistem terdahulu sebaliknya beliau mahu pentadbirannya lebih efisien.

“Kita nak pelabur lebih yakin tetapi dalam masa yang sama pelabur dan majikan harus faham ini Malaysia Madani, mesti prihatin terhadap dasar negara dan kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Nak PRN baru “NAK KAJI”
    tunggu dekat PRU 16 nanti ada UCAPAN:-
    Demi rakyat kerajaan ini telah KAJI GAJI dan AKAN BERUBAH selepas kerajaan dibentuk kelak….. kalau Raja Formula tahu ni mau dibuatnya MODAL hahaha

  2. Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian kepada penjawat awam yg gred rendah,dan tolong mengkaji kenaikan gred kpd penjawat awam yg gred rendah yg bertugas di KKM walaupun sdh berpuluh tahun berkhidmat masih lagi tiada kenaikan gred,terima kasih.

  3. RAFIZI MUNAFIK dan konconya2 akan bagi alasan MINYAK BOLEH TUrun dalam tangki…TOL HAPUS JIKA KAMI orang TOLOL…PTPTN CEKIK DARAH ,,Bagi percuma…GST XPERLU tapi meroyan ekonomi menguncup dan inflasi harga barang mencadak

    DUNIA SELAMAT….PADANG MASYAR DAN NERAKA TERSEDIA UNTUK MUNAFIKUN

Comments are closed.