Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama anggota tentera pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2023 di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan mudah seperti yang disangkakan pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Kerajaan Perpaduan dibentuk dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen selain Akta Anti Lompat Parti 2023 yang telah berkuatkuasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) tidak tahu terdapat usaha Ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan.

“Itu laporan yang dibuat pada setakat hari ini setahu saya bagi pihak BN kami tidak ada apa-apa usaha atau apa-apa ura-ura dilakukan untuk memporak perandakan kerajaan sedia ada kerana itulah janji yang telah kita berikan semasa menghadapi PRU bukan saja PRU tapi di PRK, PRN Melaka dan Johor bahawa kita memerlukan kestabilan demi kemakmuran bersama.

“Sekarang Akta Anti Lompat Parti 2023 sudah berkuatkuasa selepas diluluskan di Parlimen Mac lalu dan kamu tak boleh simply walk away (keluar) dan tak menyokong kerajaan serta mahu menyokong parti lain kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Beliau yang juga menteri Pertahanan menyatakan demikian bagi mengulas desas desus Perikatan Nasional sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Mohamad, jika seseorang Ahli Parlimen menyokong parti lain mereka perlu meletakkan jawatan dan Pilihan Raya Kecil, namun bukan mudah untuk Ahli Parlimen yang meletak jawatan itu untuk memenangi semula kerusi tersebut.

“Kerajaan kini sudah ada 148 (kerusi), majoriti dua pertiga sokongan dan untuk ditumbangkan adalah satu perkara yang saya rasakan agak susah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tok Mat apa sudah jadi? akarumbi kata UMNO adalah HARIMAU pemimpin MALAYSIA.
    UMNO dah tiada JURULATIH ke?
    tolong la jangan jadikan UMNO #KUDAP-KUDAP kalau nak pun jadikanlah #MAKANAN-DIRAJA berkhasiat.
    Wak Welanon tu tukang masak atau Tok Bomoh?
    Betul tak ANAK KECIL BERMAIN API… ?

    • Hebat hang ni .. semua benda nk ulas.. rasanyer elok hang bertanding mn2 kerusi PRN ni.. lg banyak ruang n peluang utk mengkritik.. tu pun kalu ada yg sudi calonkan hang atau hang bertanding beroleh kemenangan lah.. tp kalah itu pasti jgn hilang wang deposit pulak!!!!

Comments are closed.