Dr. Muhammad Faiz Na'aman

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah mengetahui mengenai gerakan bagi menumbangkan kerajaan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Beliau turut memberikan bayangan gerakan itu bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai çyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya. Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya memetik laporan BHOnline hari ini.

Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuatnaik beliau semalam berhubung angka 126.

Ia apabila Muhammad Faiz memuatnaik stutus di Facebooknya semalam dengan ‘126 dah…jika benar Alhamdulillah’.

Hantaran itu dikaitkan dengan jumlah sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang kini sebanyak 126 kerusi.

“Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut i have the numbers.

“Adakah salah saya sebut 126?” soalnya di Facebook.

Perdana Menteri pada Isnin lepas menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

Malah semalam Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan turut menafi dakwaan sesetengah pihak bahawa ada Ahli Parlimen BN terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Kos sara hidup tinggi sehingga ada ibubapa yang sudah tidak lagi mampu dan sanggup tinggalkan bayi didepan surau? Ramai yang tertunggu2 bila kerajaan hancing ni nak digulingkan…

  2. Cerita 1-Mei Hari Pekerja

    PMX pakai baju kemeja mcm org tgh kerja.. masuk dewan bersalaman dgn hadirin dulu.. cakap dgn laras bahasa rakyat dan terima tepukan bertali arus.

    Selamat tinggal Hadi-Mahiadin-Mahathir.

    • rasanya najib dah mulakan dulu santuni setiap org x kira siapa baik yang miskin mahupun yang kaya cuma puak2 yang ada dlm ph dan pn yang terus menerus menabur fitnah.

  3. dua² bangang baik pn baik ph. kedua²nya yang telah merosakkan dan mengkucar-kacirkan negara. xde satu benda yang boleh dijadikan kebanggaan baik dr ph mahupun pn kerana keduanya dari gen bodoh yang sama. naik kerana fitnah dan busuk hati.

  4. Ni salah satu daripada binatang politik..manusia celaka ni tak habis2 gila kuasa

Comments are closed.