Pemimpin Pas bersama Dr. Mahathir Mohamad memegang proklamasi yang ditandatangani.

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pas termasuk presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang mendatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’
yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pembantu Mahathir, Abu Bakar Yahya berkongsi foto pertemuan tersebut di Facebooknya hari ini.

Sementara itu Facebook rasmi ‘Proklamasi Orang Melayu’ turut memuat naik video pertemuan itu respons ringkas Abdul Hadi.

Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan sokongan yang diberikannya terhadap proklamasi berkenaan sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia – tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi tandatangan Proklamasi Orang Melayu

Sementara itu sebuah portal, Malaydaily melaporkan, pertemuan itu berlangsung di kediaman Dr. Mahathir malam tadi.

Selain Abdul Hadi turut hadir dan menandatangani proklamasi adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Ketua Sekretariat Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Wira Marzuki pemimpin terbabit menyatakan komitmen serta sokongan parti Pas terhadap usaha Dr. Mahathir menerusi Proklamasi Orang Melayu.

“Tuan Guru juga sentiasa menyokong usaha Tun untuk menyatukan orang Melayu dan Islam ke arah kekuatan politik bangsa dan agama,” ujarnya ringkas.

Katanya, usaha tersebut akan diteruskan dan ramai lagi akan menyertai Proklamasi Tanah Air kerana agenda tersebut boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Ini kerana ia tidak terikat dengan mana-mana parti malah ia menggalakkan setiap orang Melayu yang kasihkan bangsa dan agamanya untuk turut serta.

Mahathir sebelum ini mahu menganjurkan himpunan ‘Proklamasi Orang Melayu’ namun mendakwa agenda itu disekat pihak kerajaan selepas empat kali pembatalan tempahan lokasi penganjurannya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Haaaa .ni semua musibat pemecah belah org Melayu..kepala dia ialah Mahathir yg selama 22 tahun menjahanamkan ekonomi Melayu..pecah belah kan org Melayu…skrg nak cakap proklamasi Melayu? Nak muntah weeiiiij

  2. Ni tanda2 musim piliharaya dah tak lama lagi.. abis pilihanraya masing2 pakat masuk gua.. perjuangan bangsa kembali jadi kain lusuh lap kaki..

  3. InsyaAllah rakyat teramai kini berbondong2 bernaung dibawah gelombang hijau, jom sama2 satukan tekad! Dah tak lama lagi dah kerajaan hancing ni!!!

Comments are closed.