Chow Kon Yeow.

BUKIT MERTAJAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengingatkan ahli PH serta rakan gabungan Kerajaan Perpaduan agar tidak menimbulkan peluang kepada musuh politik untuk mempermainkan isu yang boleh menjejaskan sokongan terhadap parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Sebaliknya Kon Yeow berkata, fokus ketika ini adalah mengembleng usaha sama memastikan kemenangan kerusi yang akan dipertandingkan pada PRN menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Saya menyeru semua keahlian baik daripada DAP mahupun rakan-rakan kami dalam PH serta Kerajaan Perpaduan supaya jangan menimbulkan peluang-peluang kepada musuh politik untuk mempermainkan isu yang boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada barisan calon kita kelak.

“Pada masa kini seperti saya jawab secara ringkas harapan saya adalah fokus kepada persiapan untuk menang PRN akan datang dengan satu gabungan kuat antara PH dengan BN demi mencapai kemenangan besar di Pulau Pinang,” katanya.

Kon Yeow menghadiri Majlis Pelancaran Sky Residence Prai by The Ascott di Citadines Prai hari ini.

Belia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ada usaha mahu menggantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas menang PRN kelak.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri Majlis Pelancaran Sky Residence Prai by The Ascott di Citadines Prai di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow bersyukur susulan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tampil mengeluarkan kenyataan penafian mereka terbabit dalam usaha menghalang beliau memegang semula jawatan Ketua Menteri selepas PRN nanti.

“Saya syukur ekoran laporan MalaysiaKini seramai 10 ADUN telah mengeluarkan kenyataan untuk menafikan ada usaha dalaman bagi menggantikan saya sebagai ketua menteri selepas PRN akan datang.

“Selain itu, saya juga bersyukur dengan komen-komen positif di media sosial berhubung khidmat saya sebagai ketua menteri dan marilah kita fokus persiapan untuk menghadapi PRN,” ujar beliau.

Semalam, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang menafikan terlibat dalam gerakan menghalang Kon Yeow memegang jawatannya semula sekiranya PH menang pada PRN akan datang.

Kesemua mereka yang tidak memegang jawatan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri menegaskan tidak bercakap dengan portal Malaysiakini berhubung laporan bertajuk, ‘Ada desakan dalam DAP tukar Chow, Lim kembali jadi KM P Pinang’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mungkin sipolan tu mahukan platform utk bersuara? Sebab suaranya sudah tiada siapa lagi yang mahu ambil peduli? Kah..kah..kah..

Comments are closed.