Hampir 200 tetamu memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka JPN Pahang hari ini

KUANTAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang menyediakan perkhidmatan Bas MEKAR bagi memastikan perkhidmatannya diteruskan susulan kebakaran Pejabat JPN Rompin pada bulan lepas.

Pengarah JPN Pahang, Muhammad Abdullah berkata, pihaknya telah menyediakan Bas Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang mula beroperasi pada 19 April 2023 bagi memudahkan kepada pelanggan di Rompin.

“Bas MEKAR ini dibuka sementara bagi memudahkan warga Daerah Rompin khususnya Bandar Rompin dan sekitarnya untuk melaksanakan urusan berkaitan dokumen pengenalan diri.

“JPN Pahang juga sentiasa mengadakan Program MEKAR secara berkala dan berterusan di seluruh negeri ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Abdullah

Menurut Muhammad, sambutan raya kali ini disambut dengan meriah dengan kehadiran hampir 200 jemputan iaitu warga JPN Pahang dan tetamu jemputan termasuk pihak media.

Program MEKAR merupakan satu program turun padang di mana urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad, dan Sijil Kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di kawasan yang jauh daripada Pejabat JPN.

Pada 16 April lalu, 40 peratus bangunan itu terbakar Pejabat JPN Daerah Rompin terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pihak yang berkaitan menilai kerosakan serta menjalankan kerja-kerja baik pulih bangunan berkenaan. – MalaysiaGazette