Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 07 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya akan melibatkan perbincangan antara parti gabungan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sahaja.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan pembahagian itu tidak akan membabitkan parti-parti komponen dalam gabungan itu.

Beliau yang Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO turut membayangkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan 14 tidak boleh dijadikan asas untuk menentukan pembahagian kerusi bagi Kerajaan Perpaduan.

“Kita di peringkat negeri telah mengadakan perbincangan tentang soal pembahagian kerusi dan belum dimuktamad dan yakin akan ikut komposisi yang bersesuaian daripada kerusi yang dimenangi BN dan PH sebelum ini.

“Namun kami merasakan bahawa asas PRU13 dan 14 tidak boleh digunakan sebagai tesis kepada kita untuk memuktamadkan kerusi.

“Sudah tentu Datuk Megat (Pengerusi BN Selangor) dan Datuk Amirudin (Pengerusi PH Selangor) sudah ada perbincangan dan ambik keputusan perbincangan BN dan PH dan bukannya parti-parti dalam komponen itu.

“Malam ini adakan akan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan penyelarasan babit 19 parti termasuk isu dan kesepakatan gerak kerja dan susunan jentera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan selepas Perikatan Nasional yakin memenangi 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada PRN yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun ini.

Mengenai kriteria pembahagian kerusi, Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Perpaduan mempunyai beberapa formula mengikut situasi semasan dan akan dibincangkan secara dalaman.

Sementera itu, Ahmad Zahid turut mengucap ‘tahniah’ kepada Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana yakin mampu memenangi 33 daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kalau dah LANUN tu lenggang dia pun tak BERUBAH.
    sekarang Rakyat dah MAJU…..
    yang kau tengok *LESUNG* dan *BATU GILING* apa ke JADAHNYA?
    Rumah kau pun merata-rata..
    Harta kau pun berlambak-lambak..
    SEMUA itu kenapa tak nak ambil tesis atoknenek PONOROGO?
    OK goodbye Zahid… jalan tu dah berbau…

Comments are closed.