KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan hadir ke Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, di sini, malam ini.
Antara yang hadir Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan beberapa pemimpin parti dalam kerajaan.
Anwar tiba di bangunan berkenaan tepat pukul 8 malam dengan memakai baju kemeja warna putih.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook menunjukkan beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN yang bermula pukul 5 petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Zahid itu turut dihadiri pemimpin komponen MCA dan MIC. – MalaysiaGazette